| berumbai-rumbai | bergantungan hujungnya, berjumbai-jumbai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tugal | batang kayu dll yg tajam hujungnya utk membuat lubang di tanah yg akan ditanami padi dll: padi ~ padi yg ditanam di tanah kering; padi huma. menugal membuat lubang dgn tugal di tanah kering utk menanam padi, jagung dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rumbai I | jumbai; berumbai-rumbai bergantungan hujungnya, berjumbai-jumbai; berumbai-rumbaikan berjumbai-jumbai dgn: ~ mutiara dikarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| parang latuk | sj parang yg bengkok hujungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| latuk | ; parang ~ sj parang yg bengkok hujungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rancang I | sj pancang yg ditajamkan di hujungnya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll); merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| canggah I | 1. galah (besi, kayu, dll) yg hujungnya bercabang (digunakan sbg senjata, utk mengait, dll); 2. dahan yg bercabang dua; bercanggah 1. memakai canggah; 2. bercabang; 3. = bercanggahan bertentangan (pendapat, perkara, keputusan, dll): kenyataan yg dikeluarkan itu ~ dgn pendapat mereka; pemakaian bahasa setengah-setengah penulis ~ dgn tatabahasa; mencanggah menjalankan perahu dgn canggah; mencanggahi berbeza drpd, bertentangan dgn: maklumat itu ~ kesahan dasar itu; percanggahan perihal bercanggah (pendapat dll): ~ pemikiran tentang konsep ketuhanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merepang | memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujungnya): buluh itu direpang supaya rata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cagak I | 1. cabang (kayu dll); ~ jalan simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dll); 3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dll); 4. Id tiang telefon; 5. sokongan, tunjangan, pertolongan; ~ hidup Id bunga wang yg harus dibayar kpd seseorang semasa hidupnya atau utk beberapa tahun; 6. Kl pengandar rumput: dia memotong rumput dua ~ sehari utk lembunya; 7. alat (drpd kayu, buluh, logam) yg bulat, panjang, kukuh, dan ringan yg digunakan sbg penyidai kain; bercagak 1. bercabang; 2. memakai cagak (sokong dll); tulang ~ tulang pipi; mencagak menyokong (menahan, menopang, dll) dgn cagak; mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak; tercagak tertopang dgn cagak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| repang | papak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~; berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang senang diurus; merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujungnya): buluh itu direpang supaya rata; merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbai-rumbai itu agar kelihatan lebih kemas; perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |