Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
panah1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg di­lancarkan dgn ibu panah, anak busur; ~ kelodan sl petir; ~ matahari cahaya (sinar) matahari; berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~; 2. menggunakan panah: kami ada lawan ~; berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran): maka segala yg memegang panah ~; memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; memanahi melepaskan anak panah berkali­kali kpd; memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. me­lancarkan sesuatu spt anak panah; panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pan­dangan (mata) yg seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh; pemanah orang yg memanah; sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu panahkayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam);Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu tanggakayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat;Kamus Dewan Edisi Keempat
­mengangkut1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran;Kamus Dewan Edisi Keempat
tiang1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memantik1. melagakan (meng­gosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluar­kan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
pantik; memantik 1. melagakan (meng­gosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluar­kan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibu I1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sugi I1. = pesugi bilah kayu dll utk mencungkil gigi, kayu yg (dititik hujungnya) digunakan sbg berus gigi; 2. = ~ landak Mn duri landak; 3. Mn tembakau yg dikemam di dlm mulut, songel: ibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan; bersugi 1. membersihkan (menggosok) gigi dgn sugi: Karim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; 2. mengemam tembakau sambil makan sirih; menyugi 1. menggosok gigi dgn sugi; 2. mencungkil gigi (sumbu lampu yg pendek dll): ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yg sudah kian malap nyalanya; 3. mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih).Kamus Dewan Edisi Keempat
angkut I; berangkut mengangkat dan mem­bawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis; ­mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapa­nya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuat­kan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; pengangkut 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas