Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikannya

Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(5)

114

Every country has its own customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain lubuk, lain ikannya.

Every country has its own customs . What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain lubuk, lain ikannya. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyiratmembuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur;Kamus Dewan Edisi Keempat
francaisiorang (syarikat, firma dsb) yg diberi francais, pemegang francais: ~ berpeluang menjalankan perniagaan dgn kaedah pengurusan yg terbukti kejayaannya; syarikat itu menawarkan peluang kpd mereka yg berminat menjadi ~ pasar raya mini ikannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sirat Imata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-­celah gigi; bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur; tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hati­nya tidak ada seorang pun yg mengetahui­nya; siratan 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pipa1. buluh-buluh, pembuluh, paip; 2. a) alat penyambung rokok (drpd tulang dll), paip; b) = ~ tembakau alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, paip; 3. Id = ~ pabrik cerobong asap (kilang); 4. sl bekas yg bulat tempat mengisi sesuatu, tong: tiada terkira-kira tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke dlm ~ bubuh garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
ladang1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak.Kamus Dewan Edisi Keempat
lubuk1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
padang1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas