| pipet | (pipét) sj pembuluh kaca yg hujung pangkalnya kecil utk menyukat atau memindahkan isi padu tertentu cecair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengungkapkan | 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia berhasil dlm ~ persoalan-persoalan yg menggoncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baiknya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ungkap II | ; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baiknya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| isi | 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anggar I | ; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~ setengah; menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga per lima penduduk dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yg diperlukan lebih drpd RM5000; anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalanan 1000 km; ~ pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; ~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar; penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kulit I | 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlindung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuningkuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berketurunan Eropah; ~ renang kulit yg menghubungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulitnya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (buku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perut I | 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segalagala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengandungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kantung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yg berupa saluran yg panjang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari penghidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pindah | bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanggapan | 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengadunkan | mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |