| memupuh | 1. ark memukul; 2. Mn menyabung (ayam) lama-lama; dipupuhnya jalan Mn ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti-henti); dipupuhnya makan Mn ia makan banyak-banyak; dipupuhnya bekerja Mn ia bekerja sekuat-kuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sesat | 1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), menyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, terlangkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benarbenar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki kekeliruan (bkn fahaman, pegangan, dll), kesilapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan kesesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| usai | 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kebas I | 1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan); mengebaskan menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sesat | 1 tidak mengikut jalan yg betul; tersalah jalan: Malu bertanya ~ jalan. 2 tidak mengikut ajaran yg benar; menyimpang dr kebenaran: Sebelum datang Islam, mereka telah hidup beberapa lama dlm agama yg ~. ~ barat a. sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar. b. kelam-kabut dan tidak dpt menyelesaikan sesuatu masalah. menyesatkan menyebabkan menjadi sesat: Jalan yg berliku-liku ini tentu akan ~ kita. tersesat 1 tersalah jalan. 2 terpesong dr yg benar: Baginda telah mengingatkan kita supaya tidak ~ dan tidak melupakan Tuhan. kesesatan perihal atau keadaan sesat: Mereka berusaha utk keluar dr ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mendandani | 1. menghiasi (dgn mengenakan pakaian, solekan, dll): dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan; 2. memperlengkapi: mereka pun ~ kapal utk belayar; 3. membaiki, membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok): batang-batang kacang yg menjalar itu kelihatan spt semak-semak yg sudah didandani; jalan-jalan raya yg sudah lama tidak didandani; 4. menjalin (memintal) rambut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendandan | , mendandani 1. menghiasi (dgn mengenakan pakaian, solekan, dll): dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan; 2. memperlengkapi: mereka pun ~ kapal utk belayar; 3. membaiki, membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok): batang-batang kacang yg menjalar itu kelihatan spt semak-semak yg sudah didandani; jalan-jalan raya yg sudah lama tidak didandani; 4. menjalin (memintal) rambut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pupuh | ; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji); berperang ~ sl latihan berperang (permainan berperang), perang-perangan; kena ~ kena pukul; berpupuh 1. berlaga, bersabung (ayam): maka ~ dua tiga kali pupuh; 2. sedang menyabung (ayam): ~ ayam; 3. = ~ bertinju Mn berkelahi pukul-memukul hebat atau kuat; memupuh 1. ark memukul; 2. Mn menyabung (ayam) lama-lama; dipupuhnya jalan Mn ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti-henti); dipupuhnya makan Mn ia makan banyak-banyak; dipupuhnya bekerja Mn ia bekerja sekuat-kuatnya; memperpupuhkan menjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yg tidak bertaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lintas | ; melintas 1 pergi ke seberang; menyeberang (jalan dsb): Baik-baik ~ jalan. 2 lalu dgn cepat: Ketika dia bermenung-menung itu, ~ seorang gadis di hadapannya. 3 mengikut jalan yg terdekat; merentas. 4 tampak (teringat, terkenang) sekejap: Kadang-kadang wajah arwah ibuku ~ dlm kepalaku. melintasi 1 melintas di; menyeberangi: Dgn susah payah, mereka ~ sungai itu. 2 mengharungi atau melalui; lalu di: ~ Lautan Atlantik. terlintas terbayang atau terkenang dlm hati atau dlm fikiran; teringat. lintasan 1 gerakan melintas. 2 tempat melintas atau tempat menyeberang. selintas tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lintas | 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |