| jalur lebar | (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jalur lebar(broadband/wideband) | Jalur frekuensi saluran penghantaran yang mempunyai lebar jalur yang melebihi frekuensi bunyi 3000 hertz. | Kamus Komputer |
| jalur lebar | ist jalur yg mempunyai julat frekuensi yg besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penyaluran(channelizing) | Tindakan membahagikan satu saluran jalur lebar kepada saluran kecil yang berjalur sempit. | Kamus Komputer |
| setrip | IB 1. garis yg lebar-lebar, jalur (perĀhiasan, tanda, dll), senggatan (pd alat pengĀukur); 2. tanda, pangkat di lengan; menyetrip membubuh (memasang) setrip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lebar jalur(bandwidth) | 1. Lebar ruang dalam spektrum frekuensi yang dibatasi dua frekuensi. Unit lebar jalur adalah dalam hertz atau bit per saat. 2. Kelebaran matriks jalur. | Kamus Komputer |
| jalur | 1 garis panjang yg agak lebar dan lurus (pd kain dll); loreng yg lurus. 2 sesuatu yg panjang dan tidak lebar (ttg kain dsb): ~-~ kain itu dicantumkan utk membentuk reben yg panjang. 3 ruang panjang yg terletak di antara dua garisan (batas, petak dll). 4 ist spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi. 5 jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data. ~ asas ist jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tsb diproses. ~ hitam sj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam. ~ lebar ist jalur yg mempunyai julat frekuensi yg besar. berjalur 1 bergaris agak lebar dan agak panjang; berloreng lurus: Bajunya ~ hitam putih. 2 mempunyai ruang panjang di antara dua garisan (batas dll); dlm bentuk jalur: Pokok-pokok getah ditanam ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jalur I | 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jalur | 1. garis panjang yg agak lebar dan lurus (pd kain dll); loreng yg lurus. 2. sesuatu yg panjang dan tidak lebar (ttg kain dsb):~-~ kain itu dicantumkan utk membentuk reben yg panjang. 3. ruang panjang yg terletak di antara dua garisan (batas, petak dll). ~ hitam sj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam. berjalur 1. bergaris agak lebar dan agak panjang; berloreng lurus:Bajunya ~ hitam putih. 2. mempunyai ruang panjang di antara dua garisan (batas dll); dlm bentuk jalur:Pokok-pokok getah ditanam ~. | Kamus Pelajar |
| carta palang | sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; | Kamus Dewan Edisi Keempat |