Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarum nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kunci jam (arloji)alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya);Kamus Dewan Edisi Keempat
suntik1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum, cucuk: ~ utk mencegah penyakit; jarum ~ jarum yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm badan; ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm badan dgn jarum; 2. tanam cacar; menyuntik 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar mema­sukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran­-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menye­diakan; menyuntikkan memasukkan (ubat, cairan, dll) ke dlm badan dgn jarum: ~ serum; suntikan 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; penyuntikan perihal menyuntik: memasuk­kan ubat ke dlm tubuh dgn jalan ~ tidak membatalkan puasa; penyuntik alat utk menyuntik: jarum ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
jarum I1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat me­masukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula me­mainkan ~nya mengenai pengiriman sen­jata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat tim­bang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari.Kamus Dewan Edisi Keempat
kait I1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-­paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sang­kut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubung­kan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan men­jadikan bersangkutan (berhubungan, ber­talian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaitbesi, buluh dsb yg bercangkuk hujungnya (digunakan utk mengambil buah-buahan dll): jarum ~ jarum yg bercangkuk hujungnya utk membuat renda dll. berkait 1 bercangkuk hujungnya: Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2 tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. berkaitan ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan: Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. mengait 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. mengaitkan menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. kaitan 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. perkaitan hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. pengait 1 benda yg hujungnya berkait; kait. 2 orang yg mengait sesuatu: ~ kelapa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pukul I1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp me­ngenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersem­bunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-kata­nya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindir­an itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindir­an bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memu­kulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul ber­kali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunci I1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaitbesi, buluh dsb yg bercangkuk hujungnya (digunakan utk mengambil buah-buahan dll):jarum ~ jarum yg bercangkuk hujungnya utk membuat renda dll. berkait 1. bercangkuk hujungnya:Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2. tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. berkaitan ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan:Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. mengait 1. memetik (buah-buahan dll) dgn kait:Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2. membuat renda dll dgn jarum kait:Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. mengaitkan menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. kaitan 1. sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2. sesuatu yg bersangkutan; hubungan:Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. perkaitan hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. pengait 1. benda yg hujungnya berkait; kait. 2. orang yg mengait sesuatu:~ kelapa.Kamus Pelajar
tusukbarang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll), cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul; menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki menyakiti (menyakitkan) hati; menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, me-nembuskan (dgn barang yg tajam); 2. mena-namkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati; tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenar-nya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais!Kamus Dewan Edisi Keempat
jahitmenyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenis­nya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sang­kut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (mem­buat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas