| selelah | sejauh, setakat mana jauhnya: ~ burung terbang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| serentang perjalanan | Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Musytari | planet paling besar, yg kelima jauhnya dr matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lelah II | Mn; selelah sejauh, setakat mana jauhnya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentang | terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selisih | apa-apa yg menjadikan sesuatu berbeza drpd yg lain; beza: Umurnya dgn umur saya tidak jauh ~nya. ~ faham berlainan faham; salah faham. berselisih 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. perselisihan perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| selisih | apa-apa yg menjadikan sesuatu berbeza drpd yg lain; beza: Umurnya dgn umur saya tidak jauh ~nya. | Kamus Pelajar |
| beza | (béza) 1. = perbezaan keadaan atau sifat yg tidak sama antara satu drpd yg lain, kelainan, ketidaksamaan: banyak sekali ~ antara kedua-dua orang tua itu; 2. selisih (pd ukuran dll): satu ela dgn satu meter tidak jauh ~nya; ~ keupayaan (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain;berbeza berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan;berbeza-beza, berbezaan berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya;membeza mengkhusus dr segi bentuk, ciri atau fungsi (bkn sel); membezakan 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; memperbezakan menjadikan dua unsur (benda, perkara) berbeza antara satu sama lain;perbezaan 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain;pembezaan 1. perihal (perbuatan dsb) membezakan: ~ gaji laki-laki dan perempuan;pemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil; 2. (Bio) perkembangan sel bukan khusus (spt sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (spt sel pd organ tertentu); pembeza (orang, benda) yg membezakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dalam I | 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| renggang I | 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |