| tentu | 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mempunyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebutkan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu memecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlaga | 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahu | 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ketahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| laga I | 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~ keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb), mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menyabungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau dilagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk berlaga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ucap | apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| halal | 1. hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx mengambil ideologi borjuis sbg satu gambaran sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| halal | 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| halal | 1. dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2. diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3. direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. | Kamus Pelajar |
| kata | 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, mis dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (se-faham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; men | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bunyi I | 1. sesuatu yg kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia: ~ senapang; ~ burung; 2. suara alat muzik atau orang menyanyi (laras nada): ~ biola; alat ~; 3. lafaz, sebutan, pengucapan (dgn alat pertuturan): dua perkataan ini sama sahaja ~nya; 4. bacaan (surat dll), isi (surat, permintaan, dll): apa ~ surat ayah kita?; sungguhpun permintaan itu kecil ~nya, tetapi berat juga utk memenuhinya; ~ bahasa Id bunyi yg dipakai dlm sesuatu bahasa; ~ geser bunyi yg terjadi kerana udara keluar melalui celah yg sempit dll, geseran; ~ kembar (rangkap) Id dua bunyi yg diucapkan merangkap satu bunyi (bunyian dll); ~ letus bunyi yg terjadi kerana udara keluar dgn tiba-tiba (bunyi p dll), letusan; ~ sengauan bunyi yg keluar melalui hidung (bunyi ng dll); bagai ~ siamang kenyang prb banyak cakap kerana mendapat kesenangan; kerana mendengar ~ prb terpedaya kerana mendengar berita baik; setengah bagai ~ enggang, setengah bagai ~ kuau prb pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan); sebunyi serupa bunyinya: kata ~; surat ini ~ dgn surat yg sudah kita terima; berbunyi 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut;berbunyi-bunyi berbunyi berulang-ulang; membunyikan 1. menjadikan berbunyi, memainkan alat muzik: ~ loceng; 2. melafazkan, menyebut: ~ perkataan dgn jelas;bunyi-bunyian alat muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |