| kerja(job) | Kumpulan tugas, yang membentuk satu unit, yang perlu dilakukan oleh komputer. | Kamus Komputer |
| putaran kerja(job turnaround) | Tempoh masa yang diambil untuk melakukan sesuatu kerja, yang dikira dari ketika kerja diserahkan oleh pengguna kepada komputer sehingga hasil kerja dikeluarkan. | Kamus Komputer |
| penjadual kerja(job scheduler) | Operator atau atur cara yang berfungsi mengatur pengerjaan tugas yang perlu dilakukan oleh sistem. | Kamus Komputer |
| nombor kerja(job number) | Nombor pengenalan yang diberikan oleh sistem kepada sesuatu kerja. | Kamus Komputer |
| kerja pengantaramukaan(interfacing job) | Kerja yang berkaitan dengan tugas menyambungkan litar atau peranti yang tidak sepadan dengan komputer. | Kamus Komputer |
| bahasa kawalan kerja(job control language) | Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menentukan cara kerja dan sumber yang diperlukan bagi melaksanakan kerja pada komputer. Singkatan JCL. | Kamus Komputer |
| kerja latar depan(foreground job) | Kerja yang dilaksanakan langsung oleh sistem pengaturcaraan berbilang pada masa sahih. | Kamus Komputer |
| kerja latar belakang(background job) | Kerja tidak genting yang boleh dilaksanakan apabila sumber komputer dalam sistem pengaturcaraan berbilang tidak digunakan oleh kerja genting. | Kamus Komputer |
| JCL | Singkatan bagi job control language. Lihat bahasa kawalan kerja. | Kamus Komputer |
| EOJ | Singkatan bagi end of job, iaitu akhir kerja. EOJ digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir kerja yang telah diserahkan dalam pemprosesan berkelompok. | Kamus Komputer |