| kalah | 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| serah I | ; berserah bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. menyerah tidak membantah atau tidak menentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. menyerahi memberi kpd; memberi seseorang sesuatu: Dia diserahi tugas yg berat. menyerahkan 1 mengunjukkan atau menyampaikan sesuatu; memberikan sesuatu: Saya telah ~ surat itu kpdnya. 2 mempercayakan atau mengamanahkan sesuatu: Sebelum pergi bercuti, dia telah ~ tugas-tugasnya kpd penolong kanannya. ~ diri menggantungkan atau mempertaruhkan nasib kpd. terserah terpulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk menyelesaikannya. serahan (sesuatu) yg diserahkan. penyerahan perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. penyerah orang yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pecah I | 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tegang | 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), bertentangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp berkehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm perdebatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, menarik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisihan): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| darah I | 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ketenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ bertimbang daging prb melawan sampai mati; menakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll) yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pemarah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau berdarah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perempuan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kena | 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |