Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecerdasan buatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecerdasan buatan(artificial intelligence)Bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian yang memberi mesin kemampuan untuk berfikir seperti manusia atau kepandaian untuk membaiki dirinya.Kamus Komputer
AISingkatan bagi artificial intelligence. Lihat kecerdasan buatan.Kamus Komputer
sistem pakar(expert system)Perisian komputer yang menggunakan teknik kecerdasan buatan dalam atur caranya untuk bertindak sebagai pakar nasihat bagi sesuatu bidang.Kamus Komputer
pemprosesan bahasa tabii(natural language processing)1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP.Kamus Komputer
pemahaman bahasa tabii(natural language understanding)1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.Kamus Komputer
domain pengetahuan(knowledge domain)Kawasan liputan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan.Kamus Komputer
logik kabur(fuzzy logic)Kaedah mengendalikan ketidaktentuan atau keadaan kabur dalam kecerdasan buatan melalui penggunaan logik yang berasaskan nilai yang diletakkan pada andaian.Kamus Komputer
pemikiran beranalogi(analogical reasoning)Kaedah membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara dalam bidang kecerdasan buatan dengan mengkaji model perkara tersebut dan kemudian menggunakannya sebagai contoh atau analogi bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.Kamus Komputer

Kembali ke atas