Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kej


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
litar1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil ~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk menjalankan tugas­nya; ~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat (Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yg rosak; ~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg lengkap dan mem­bolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rotor(Kej) 1. bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo, dsb; 2. alat yg terdiri drpd beberapa bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
transmisi(Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tetambak(Kej) benteng utk menahan banjir dll: utk mencegah banjir, orang ramai telah membina benteng sungai yg dipanggil ~; ® tambak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
substruktur(Kej) struktur yg mendasari atau menyokong struktur, binaan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
stator(Kej) bahagian jana kuasa yg tidak bergerak.Kamus Dewan Edisi Keempat
sinkroskop(Kej) peranti elektrik yg diguna­kan utk menguji komponen sistem pencucuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
sesondol(Kej) bahagian yg menonjol keluar dr roda atau aci utk mengubah pergerakan (dr yg berpusing kpd yg turun naik dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sesentuh(Kej) alat yg menghubungkan sesuatu pengalir elektrik dgn yg lain (utk meneruskan pengaliran elektrik).Kamus Dewan Edisi Keempat
sesekat(Kej) alat spt plat, papan dsb yg di­gunakan utk mengawal atau menyekat aliran udara, cecair atau bunyi melalui salur masuk atau keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas