| al-Matin | Ar Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menguji | 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil lading pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberikan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| uji | percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil lading pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberikan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daya I | 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemandangan | 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kemampuan | 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuasa I | 1. daya atau kemampuan (utk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapatdapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, mewakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tenaga batin | a) keupayaan melakukan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuasa | 1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| persepsi | (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |