| kemanusiaan | hal-hal yg berkaitan dgn manusia: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kemanusiaan | perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bantuan kemanusiaan | bantuan yg cepat utk mengatasi kesukaran atau utk meringankan penderitaan kerana ditimpa bencana dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| keinsanan | kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nasut | Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| humanistik | bersifat kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manusiawi | bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| insani | Ar (yg) mengenai manusia, kemanusiaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| insaniah | Ar berkaitan dgn manusia, bersifat kemanusiaan: faktor ~ atau akhlak harus dikaitkan dlm falsafah pendidikan; sesebuah karya tidak terhasil dlm kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses interaksi alamiah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manusia | makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |