| lembik | 1. terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melembikkan | menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tegang | 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), bertentangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp berkehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm perdebatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, menarik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisihan): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| regang | tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang, bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi; berseregang mulut bertengkar, berbantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| regang | tidak kendur (bkn tali yg ditarik atau kain yg direntangkan dll); tegang. meregang menjadi regang atau tegang. Dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. meregangkan menarik supaya regang; membentangkan tegang-tegang; menghulurkan tegang-tegang (bkn kaki atau tangan): Ia ~ kedua-dua belah tangannya. regangan sesuatu yg diregangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kempis I | menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung; mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~; mengempiskan menyebabkan (menjadikan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kembung I | 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut; gembung I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lembap | 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadikan lembap: pertama pembersihan, penyegaran dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lentur | 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias; melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); melenturkan menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan melentur, membengkokkan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam; lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg melentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); kelenturan perihal (keadaan, keupayaan,dsb) melentur: besi, umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-macamperalatan yg memerlukan kekuatan dan ~; pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan; pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada kalanya batu besar digunakan sbg ~ dahan-dahan pokok itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |