| kendalian | 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendahulukan | 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyelenggara | membuat kerja-kerja serta mengurus supaya berjalan lancar (bkn sesuatu usaha dsb): Kerja-kerja ~ akan dimulakan segera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| selenggara | ; menyelenggara membuat kerja-kerja serta mengurus supaya berjalan lancar (bkn sesuatu usaha dsb): Kerja-kerja ~ akan dimulakan segera. menyelenggarakan mengerjakan serta mengurus sesuatu: Sebuah jawatankuasa telah dibentuk utk ~ pameran itu. terselenggara dpt atau sudah diselenggarakan; terurus. penyelenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyelenggara atau menyelenggarakan sesuatu: ~ seminar tsb telah berjalan dgn lancar. penyelenggara orang atau badan yg menyelenggarakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| senggara | ; menyenggara membuat kerja-kerja supaya (sesuatu) berada dlm keadaan baik: ~ adalah penting bagi memastikan kenderaan berada dlm keadaan baik. menyenggarakan melakukan kerja-kerja pembaikan atau mengekalkan keadaan baik (mesin, bangunan dsb). tersenggara dpt atau sudah disenggarakan. penyenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu: ~ bangunan. penyenggara orang yg menyenggara atau menyenggarakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran perbuatan, hal dll mentadbir atau mentadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rutin | 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerah | ; kerja ~ kerja wajib yg dibuat utk pemerintah dsb (spt membaiki jalan) dgn tidak mendapat upah. mengerahkan memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. kerahan pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. pengerahan perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. pengerah 1 orang yg mengerahkan. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk mengerahkan: gong ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pensyampuan | kerja-kerja mensyampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertanam | membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, berkebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |