| coretan | sketsa, gambaran (lukisan) ringkas: inilah kisahnya satu ~ hidup gadis kota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menamatkan (menghabiskan) riwayatnya | a) menghabiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp membunuh atau membinasakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| alkisah | kata yg digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat dan bermakna, kisahnya, ceritanya; ® kisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terpaku | 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| coret (corét) I | garis panjang; corat-~ a) garis-garis yg tidak tentu hala; b) gambar yg dilukis dgn garis-garis (jangan tidak sahaja rupanya); c) tulisan yg tidak elok; d) karangan yg ditulis jangan tidak atau utk gambaran ringkas; e) pementasan pendek; mencoret 1. menggaris panjang; 2. mencorek, membatalkan atau memotong tulisan (perkataan yg salah) dgn coret; 3. membuat sketsa (lakonan dll); 4. ki menghapuskan, meninggalkan, tidak mengira atau tidak memasukkan dlm perkiraan; coretan sketsa, gambaran (lukisan) ringkas: inilah kisahnya satu ~ hidup gadis kota; pencoretan perihal atau perbuatan mencoret; corat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| riwayat | Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala sesuatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (menghabiskan) ~nya a) menghabiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp membunuh atau membinasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. mengandungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, mengisahkan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg diriwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg meriwayat-kan hadis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| paku I | 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya; ~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg kepalanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan; memulangkan ~ buah keras prb membangkitkan kembali perkara yg sudah lepas, menempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi; berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd: memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekalkan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |