| kekeramatan | sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghabluran | proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, pengkristalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hablur | 1. benda keras yg hening spt kaca, kristal: lensa ~; mata ~ ki mata yg bersinar-sinar; 2. (Kim) bahan dlm bentuk yg mempunyai susunan atom dalaman yg berulangan secara tetap dan mempunyai muka satah luaran yg tersusun secara tetap;berhablur mengandungi hablur, berkristal; menghablur menjadi hablur, mengkristal: air garam akan ~ jika dipanaskan lama-lama; menghablurkan menjadikan hablur, mengkristalkan: air tebu dihablurkan menjadi gula; habluran hablur; penghabluran proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, pengkristalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |