| terlibat | termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| libat II | ; melibatkan membawa dll sesuatu atau seseorang ke dlm perkara, urusan lain dsb; membabitkan: Peperangan itu ~ negara-negara di sebelah sini. terlibat termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. keterlibatan hal terlibat. penglibatan perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pekat I | 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak berĀcampur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |