Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kulit lembutkulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras;Kamus Dewan Edisi Keempat
samakzat yg digunakan utk memasak serta mewarnai kulit binatang: kulit ~ kulit yg sudah dimasak dan diwarnai. menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. 2 menggosok tali layang-layang dgn kaca. 3 membersihkan najis mughallazah dgn air tanah sekali dan air mutlak enam kali. penyamakan 1 perbuatan atau hal menyamak kulit. 2 tempat menyamak kulit. penyamak 1 orang yg kerjanya menyamak kulit. 2 bahan yg digunakan utk menyamak kulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
samak IIzat yg digunakan utk memasak dan mewarnai kulit binatang (utk dibuat kasut dll); kulit ~ kulit yg sudah dimasak dan diwarnai; bersamak disamak: kulit ~; menyamak 1. memasak kulit (supaya ber-warna dan lembut dll): kulit bakau digunakan utk ~ kulit atau pukat; 2. menggelas (meng-gosok dgn serbuk kaca) tali layang-layang; 3. menyucikan anggota badan, tempat, dsb yg terkena najis mughallazah dgn air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali; penyamakan 1. perbuatan menyamak: sampai ke akhir abad kelapan belas ~ masih dilaku-kan dgn cara-cara lama; 2. tempat menyamak kulit; penyamak 1. orang yg kerjanya menyamak kulit; 2. bahan yg digunakan utk menyamak kulit: bahan ~ kulit.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyamak1. memasak kulit (supaya ber-warna dan lembut dll): kulit bakau digunakan utk ~ kulit atau pukat; 2. menggelas (meng-gosok dgn serbuk kaca) tali layang-layang; 3. menyucikan anggota badan, tempat, dsb yg terkena najis mughallazah dgn air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali;Kamus Dewan Edisi Keempat
kulit I1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyamak1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. 2 menggosok tali layang-layang dgn kaca. 3 membersihkan najis mughallazah dgn air tanah sekali dan air mutlak enam kali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
samak1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna.Kamus Pelajar
menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna.Kamus Pelajar
menghidratkan1. (Kim) menyebabkan se­suatu bergabung dgn air secara kimia; 2. menjadikan sesuatu lembap: penyegar muka ~ kulit dgn lembut;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembut1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas