| jejas | 1 luka sedikit (kulitnya); tergores: Kulitnya tidak ~ oleh senjata. 2 rosak atau binasa (bkn kain baju); punah. menjejaskan 1 menyebabkan menjadi luka; melukakan; merosakkan: Kasut baru itu sedikit pun tidak ~ kakinya. 2 mendatangkan kesan yg tidak baik pd; merosakkan: Kejatuhan nilai mata wang telah ~ ekonomi negara. terjejas menerima kesan (biasanya tidak baik) atau rosak; terganggu: Semasa memindahkan bibit itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terkupas | sudah dikupas kulitnya; sudah dikopek kulitnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jejas | 1. luka sedikit (kulitnya); tergores:Kulitnya tidak ~ oleh senjata. 2. rosak atau binasa (bkn kain baju); punah. menjejaskan 1. menyebabkan menjadi luka; melukakan; merosakkan:Kasut baru itu sedikit pun tidak ~ kakinya. 2. mendatangkan kesan yg tidak baik pd; merosakkan:Kejatuhan nilai mata wang telah ~ ekonomi negara. terjejas menerima kesan (biasanya tidak baik) atau rosak; terganggu: Semasa memindahkan bibit itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak ~. | Kamus Pelajar |
| kelupas | ; mengelupas tanggal sedikit kulitnya (catnya dll) dgn sendirinya. mengelupaskan menyebabkan mengelupas; menjadikan tertanggal sedikit kulitnya. terkelupas tertanggal atau terkopek sedikit kulitnya (catnya dll). pengelupasan perihal, proses dsb mengelupas atau mengelupaskan: Bahan itu boleh menyebabkan ~ pd kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kelupas | mengelupas tanggal sedikit kulitnya (catnya dll) dgn sendirinya. mengelupaskan menyebabkan mengelupas; menjadikan tertanggal sedikit kulitnya. terkelupas tertanggal atau terkopek sedikit kulitnya (catnya dll). | Kamus Pelajar |
| pecah I | 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~-~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kupas | ; mengupas 1 membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. mengupaskan mengupas sesuatu utk orang lain. terkupas sudah dikupas kulitnya; sudah dikopek kulitnya. kupasan 1 sesuatu yg sudah dikupas; hasil drpd mengupas. 2 huraian atau ulasan (mengenai sesuatu). pengupasan perbuatan atau hal mengupas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| landak | sj binatang yg kulitnya berduri; ~ batu = ~ nibung sj landak, Atherurus macrourus; ~ raya = ~ tunggal, Hystrix brachyura; ~ laut sj karangan laut yg berduri kulitnya; bunga ~ = empedu ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Barleria prionitis; menduri ~ = sbg duri ~ jari yg halus tirus lagi cantik (pd perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerbau I | sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pecah I | 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~ - ~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat spt ½, ¼, ¾, dll. ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya spt 1/3, 2/3 dsb. perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. pecah belah 1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu. | Kamus Pelajar |