| pembuluh labuhan hati | saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pembuluh | 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terdekat | dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertambat | terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tambat | bertambat terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; bertambatan bertalian, terikat pd; perahu ~ dagang bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; menambat 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, menawan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; menambati sl menambat sesuatu pd: segala pohon kayu itu sekaliannya ditambati puntung api; tertambat 1. terikat (pd): seekor kerbau ~ pd sebatang pokok; perahu itu ~ pd sebatang tiang; 2. ki terpikat, tertawan, tertarik (hati, perhatian, dll): hatinya telah ~ dan bulat kpd Ismayatim; tambatan 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; pertambatan ikatan, pertalian, perkaitan; penambat 1. alat utk menambat, pengikat: telah putuskah tali ~ kerbau itu? 2. ki orang yg menambat (hati), pemikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ribut II | 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buluh | sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dekat | 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya; ~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat dibuktikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan; berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu; terdekat dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari; pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |