| hulu | 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut mempersoalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang memberi perhatian pd peringkat hiliran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pertanda | sl algojo, pelebaya, tanda: maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kpd ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menebarkan | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menebar | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berampas-rampasan | saling merampas, bertarik-tarikan: maka Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rampas | ; berampas-rampasan saling merampas, bertarik-tarikan: maka Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu; merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; rampasan sesuatu yg dirampas, hasil merampas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa; perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa; perampas orang yg merampas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kemuafakatan | 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tebar I | (tébar); bertebar, bertebaran bertabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yg berhampiran; lari bertebaran lari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan); menebari menaburkan sesuatu pd, menghamburi; menebar, menebarkan 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; tertebar telah ditebarkan, terhambur, ter-sebar, terserak, tersiar, tertabur;tebaran sebaran, siaran, taburan; pertebaran perihal bertebar: pd masa itu ~ penduduk begitu jarang; penebaran perbuatan menebar: corak ekonomi dan ~ sumber-sumber asli; penebar orang yg menebarkan, pengembang, penyiar: Demang Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muafakat | 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |