| lengking | bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentetan | 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentet | (réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung, berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor; rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; berentetan berangkaian, berturut-turut, beruntun-runtun: tembakan kedengaran ~ di luar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |