| kepala magnet(magnetic head) | Peranti elektromagnet yang digunakan untuk menulis, membaca, atau memadamkan data pada permukaan bahantara bermagnet seperti pita atau cakera. | Kamus Komputer |
| kad magnet(magnetic card) | Peranti storan berbentuk kad nipis yang dilapisi bahan bermagnet. | Kamus Komputer |
| ingatan magnet(magnetic memory) | Peranti ingatan yang menggunakan sifat pemagnetan perisian untuk menyimpan data dalam bahantara bermagnet. | Kamus Komputer |
| cakera magnet(magnetic disk) | Cakera yang dibuat daripada piring bahan keras atau Mylar yang dilapisi bahan magnet. Permukaan cakera ini dapat menyimpan data yang ditulis melalui proses pemagnetan. | Kamus Komputer |
| unit pita magnet(magnetic tape unit) | Peranti persisian komputer yang berfungsi menyimpan data dalam pita kaset atau pita berkili. Singkatan MTU. Sinonim unit pita. | Kamus Komputer |
| unit cakera magnet(magnetic disk unit) | Peranti persisian komputer yang berfungsi menyimpan data dalam cakera keras atau cakera liut. Singkatan MDU. Sinonim unit cakera. | Kamus Komputer |
| ingatan teras magnet(magnetic core memory) | Sistem ingatan komputer yang menggunakan teras logam kecil feromagnet yang disimpai dalam bingkai bagi melambangkan bit komputer. Setiap teras boleh dimagnetkan kepada logik 1 atau logik 0. Sistem ini mula digunakan oleh Jay Forrester pada 1950 dalam sistem komputer Whirlwind 1, dan tidak digunakan lagi dengan adanya ingatan jenis mikroelektronik. | Kamus Komputer |
| pengecaman aksara dakwat magnet(magnetic ink character recognition) | Teknologi input yang membolehkan maklumat dimasukkan ke dalam komputer dengan mengecam cetakan yang menggunakan dakwat bermagnet. Singkatan MICR. | Kamus Komputer |
| MTU | Singkatan bagi magnetic tape unit. Lihat unit pita magnet. | Kamus Komputer |
| MICR | Singkatan bagi magnetic ink character recognition. Lihat pengecaman aksara dakwat magnet. | Kamus Komputer |