| beralas | 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bundar | 1 bentuk atau ruang yg sempadannya berupa garis lengkung yg sama jaraknya dr pusat. 2 berbentuk spt bentuk roda; berbentuk bundar 1: meja ~ meja yg bundar bentuknya. membundar menjadi bundar (bkn sesuatu). membundarkan menjadikan sesuatu berbentuk bundar. bundaran sesuatu yg bundar bentuknya; lingkaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| biliard | sj permainan yg dimainkan di atas meja segi empat panjang dgn memukul bola-bola kecil antara satu dgn lain atau ke dlm jaring dgn kayu panjang; kayu ~ kayu panjang utk memukul bola biliard; meja ~ meja segi empat panjang yg mempunyai enam lubang (pd penjuru dan tepi bahagian tengah meja) utk bermain biliard. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meja | (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| alas meja | lapik meja, kain penutup meja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meja | /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sice | IB, bp satu set kerusi meja (satu meja dan empat kerusi), selengkap kerusi meja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| alas | I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletakkan cawan, piring; ~ tiang asas tempat berdirinya tiang; 2. kain dsb yg digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berpusing; ~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai sultan yg membuat naskhah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~ kata ki kata pendahuluan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana jasa yg telah disumbangkan; beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mempunyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata; mengalas, mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~ perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja; alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meja sisi | meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meja samping | = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |