| siung I | (gigi) taring: gementarlah segala anggotanya melihat ~nya bota dan raksasa itu; bersiung bertaring. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terkecuali | 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jenaka | 1 perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati; lawak: Para penonton tertawa terbahak-bahak melihat ~nya itu. 2 menggelikan hati; membangkitkan ketawa; lucu: cerita ~ cerita yg menggelikan hati. berjenaka berbuat atau berkata-kata utk membuat orang tertawa; berkelakar; berlawak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jenaka | 1. perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati; lawak: Para penonton tertawa terbahak-bahak melihat ~nya itu. 2. menggelikan hati; membangkitkan ketawa; lucu:cerita ~ cerita yg menggelikan hati. berjenaka berbuat atau berkata-kata utk membuat orang tertawa; berkelakar; berlawak. | Kamus Pelajar |
| penglihatan | 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gelagat | 1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| imbasan | arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kelakuan | 1. tabiat yg biasa dilakukan, peĀrangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berĀkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| imbas | 1 = imbasan arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: sekali ~ memandang sekali saja dgn cepat. 4 = ~ hantu sj penyakit yg dipercayai disebabkan oleh hantu yg lalu. pengimbas ist alat yg digunakan utk membaca bahan-bahan berbentuk tulisan atau grafik dr kertas dan menukarkannya kpd bentuk data digital. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mata | 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |