kalah | 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebenarnya | 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedia | 1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang selalu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 bersiap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. kesediaan hal atau keadaan sedia; kesanggupan: ~ tuan utk membantu sangatlah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ya II | 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ditilik drpd | (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menilik kpd | (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebenarnya | 1. sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2. memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar |
sopan | 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendaklah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan segala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, mengasuh, dll) supaya menjadi sopan, mengadabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai-nilai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah | 1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis, berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu (keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagaimana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati juga ~nya; sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~ minum mereka pun berpisah; sesudah-sudah, sesudah-sudahnya sehabis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehendak hatinya, semahu-mahunya; bersudah ada sudahnya (akhirnya, penghabisan); bersudah-sudah telah putus atau habis (persahabatan, perhubungan, keluarga, perkahwinan, dll); menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; menyudahkan, mempersudahkan 1. mengerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir, menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini; kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; berkesudahan berakhir (dgn), berkeputusan, berakibat: Ramlah sakit keras kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~; kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudiannya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa; penyudahan perihal menyudahkan, penyelesaian, penyempurnaan; penyudah yg akhir sekali, penutup (percakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |