| memantul-mantul | memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pantul | ; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam; memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; terpantul terkena pantul: sinar yg ~; pantulan 1. gerakan memantul (mengambul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa; pemantul permukaan (objek) yg memantulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pantul; memantul | berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. | Kamus Pelajar |
| memantul | 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| memantul | 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pantul | ; memantul 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. pemantulan proses, perbuatan dsb memantul atau memantulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bidas I | ; membidas 1. memantul (balik): setelah saya lepaskan, dahan itu ~; 2. menembus (pertahanan musuh dll): serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh; 3. mengecam: menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang; bidasan 1. gerakan membidas; 2. serangan, serbuan; 3. kecaman; pembidas sj lembing yg dilepaskan dgn alat yg memantul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bidas | ; membidas 1 bergerak dgn cepat kerana digerakkan oleh benda-benda yg melenting; memantul balik: Apabila umpannya terusik, jerat itu akan ~. 2 bergerak maju; maju menyerang serta menembusi: Askar Mesir telah berjaya ~ barisan pertahanan Israel di Bar Lev. 3 mengeluarkan kata-kata yg pedas; mengecam: Menteri itu telah ~ orang-orang yg enggan belajar bahasa Melayu. 4 membalas serangan; menjawab (dgn keras); mengecam kembali: Surat itu bertujuan ~ pihak pentadbiran yg lemah. membidaskan melepaskan sesuatu yg melenting dgn cepat utk membidas: ~ jari. bidasan 1 gerakan membidas; gerakan yg memantul balik. 2 serangan. 3 kecaman atau jawapan balas; reaksi. pembidas benda tajam (pd perangkap, jerat dsb) yg dilepaskan dgn sesuatu yg melenting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengambul | memantul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengambul | memantul. | Kamus Pelajar |