| musuh-memusuhi | saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tendensi | (téndensi) kecenderungan (terhadap sesuatu): cerita yg ~nya dikatakan memusuhi rakyat dan memusuhi perdamaian; Usman Awang memperlihatkan ~nya ke arah mem-perkembangkan cerita melalui aksi dramatik; bertendensi mempunyai atau menunjukkan kecondongan (kecenderungan), berkecenderungan: selain drpd itu banyak lagi syair yg ~ spt itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memusuhi | menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| memusuhi | menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memusuhi | menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. | Kamus Pelajar |
| menyeterui | memusuhi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyatroni | bersikap memusuhi, mengganggu, menceroboh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| konfrontasi | perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. | Kamus Pelajar |
| satron | Jk; menyatroni bersikap memusuhi, mengganggu, menceroboh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |