| menabung | menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menabung | menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menabung | menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. | Kamus Pelajar |
| penabungan | perihal menabung wang, penyimpanan wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabung | menabung menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. | Kamus Pelajar |
| kutu II | perbuatan menabung wang oleh beberapa orang pd tiap-tiap bulan (minggu dll) dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara undi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penabung | orang yg menabung (wang), penyimpan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menaruh | 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di pejabat pos. | Kamus Pelajar |
| taruh | 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di pejabat pos. | Kamus Pelajar |
| menyimpan | 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |