| mencerminkan | membayangkan sesuatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mencerminkan | membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, pergolakan, perasaan, sikap, dll), menggambarkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencerminkan | membayangkan sesuatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. | Kamus Pelajar |
| pencerminan | perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keanekawarnaan | keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keinstitusian | yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| etos | (étos) sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| aneka warna | (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam; beraneka warna berbagai-bagai warna; menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna; keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membayangkan | 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membayang-bayangkan | 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |