Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.né.ngo/] | منيڠوق

Definisi : 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.né.ngo/] | منيڠوق

Definisi : 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Menangguk di batu licin,
     Dapat udang selima-lima;
Menengok sanggul licin,
     Nak balik ke janda lama.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Berjalan selangkah menghadap surut,
     berkata sepatah difikirkan.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramal IAr 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg diguna­kan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); mem­baca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), me­nenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, mencerita­kan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pen­dapatan akan dinaikkan lagi; ia men­jeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telah­an, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramal­kan); peramal orang yg meramal atau meramal­kan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menengok1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menengok1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;Kamus Dewan Edisi Keempat
menengok sekopongmenilik serasi dgn daun terup.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyingkapkan1. membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit­-belit);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyingkap1. membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit-­belit);Kamus Dewan Edisi Keempat
singkap; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit­belit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rah­sia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tonton;menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; jangan ~ saja jangan melihat saja; mempertontonkan memperlihatkan (sandi-wara dll), memperagakan, memper­tunjuk­kan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai; tontonan pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; penontonan perbuatan menonton; penonton 1. orang yg menonton (pertun­jukan dll): para ~ bertepuk tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta): biarlah kita jadi ~ saja.Kamus Dewan Edisi Keempat
nampak1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
tengok(téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana?Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas