| kaedah | /kaédah/ cara atau peraturan membuat sesuatu; hukum atau prinsip: ~ mengajar cara mengajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kaedah | (kaédah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kaedah mengajar | cara mengajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kaedah mengajar | cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| alat mengajar | kelengkapan utk mengajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengajaran | 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedo-man: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kaedah | /kaédah/ cara atau peraturan membuat sesuatu; hukum atau prinsip:~ mengajar cara mengajar. | Kamus Pelajar |
| mengajar | 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengajar | 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengajar | 1. memberi pelajaran kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2. memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. | Kamus Pelajar |