| menyalurkan | 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyalurkan | 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyalurkan | 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. | Kamus Pelajar |
| menyalurkan | 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. | Kamus Pelajar |
| trakea | /trakéa/ ist 1 tiub dr larinks ke bronkus yg menyalurkan udara yg disedut ke paru-paru. 2 tiub dlm badan serangga dsb yg menyalurkan udara dr spirakel ke tisu-tisu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengalirkan | 1. menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pensuisan bingkisan(packet switching) | Kaedah perhubungan data digital untuk menyalurkan data atau mesej dari satu penghantar ke penerima dengan cara memisah-misahkan data atau mesej kepada blok kecil dan menyalurkan blok ini kepada talian penghantaran. Kaedah ini membolehkan bingkisan dihantar melalui jalan atau waktu yang berbeza untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi. | Kamus Komputer |
| menyalirkan | menyalurkan (air dsb) ke luar dr sesuatu kawasan; mengalirkan (air) ke luar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyalirkan | menyalurkan (air dsb) ke luar dr sesuatu kawasan; mengalirkan (air) ke luar. | Kamus Pelajar |
| penyaluran | perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |