| metamorfosis | (métamorfosis) 1. (Bio) perubahan sepenuhnya bentuk fizikal dll yg berlaku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu mengalami ~; bermetamorfosis mengalami metamorfosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| metamorfosis | /métamorfosis/ ist (proses) pertukaran atau perubahan struktur dan tabiat haiwan semasa membesar secara normal (spt drpd berudu menjadi katak atau drpd beluncas menjadi kupu-kupu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| metamorfosis | ist (proses) pertukaran atau perubahan struktur dan tabiat haiwan semasa membesar secara normal (spt drpd berudu menjadi katak, drpd beluncas menjadi kupu-kupu dll). | Kamus Pelajar |
| bermetamorfosis | mengalami metamorfosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gnesis | (gnésis) (Geo) sj batuan metamorfosis berira kasar yg mengandungi feldspar, kuarza dan mika. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nimfa | ist anak serangga yg mengalami metamorfosis yg tidak lengkap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| imago | (Bio) serangga dewasa sesudah peringkat metamorfosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nimfa | ist anak serangga yg mengalami metamorfosis yg tidak lengkap. | Kamus Pelajar |
| hornblend | (hornblénd) (Geo) sj mineral berwarna hitam, hijau atau coklat tua yg terdapat di dlm batuan metamorfosis dan igneus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |