| model matematik(mathematical model) | Model bagi sistem atau proses yang dibina daripada ungkapan matematik. | Kamus Komputer |
| model berketentuan(deterministic model) | Model matematik bagi sistem atau proses yang dapat menghasilkan output yang pasti berdasarkan nilai yang diketahui lebih awal. | Kamus Komputer |
| penyelakuan analog(analog simulation) | Penggunaan sistem analog, seperti sistem elektrik, untuk mewakili sistem fizikal yang sebenar. Sistem elektrik yang digunakan sebagai model ialah tamsilan kepada sistem fizikal tersebut kerana ciri pemboleh ubah yang digunakan untuk mewakili kedua-dua sistem adalah setara dari segi matematik. | Kamus Komputer |