| musabab | Ar 1. kesan: drpd keadaan tersebut lahirlah suatu ~ yg tertinggi, maka dgn itu alam dgn segala sesuatu pun diciptakan; 2. sebab drpd segala sebab, sebab yg menjadi asas terjadinya sesuatu: tiap-tiap satu kejadian dan peristiwa mempunyai asas dan ~ yg mendorong terjadinya kejadian itu; sebab ~ yg menjadi sebab, yg menyebabkan, sebab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebab -musabab | berbagai-bagai sebab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebab musabab | yg menjadi sebab, yg menyebabkan, sebab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| etiologi | (étiologi) 1. kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit; 2. kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebab | yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| justifikasi | sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut; menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| namun | 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meskipun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |