| kemudaan | perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seroda | duri dll yg dibelitkan pd batang pokok (utk mencegah drpd dipanjat orang dll), serangkak; spt memanjat terkena ~ prb peri-hal orang yg mendapat bahaya kerana nafsu-nya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memuaskan hawa nafsu | mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ghairah | 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muda | 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kekang | 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buka | 1. ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas: sebuah gua yg luas, ~nya tiga puluh hasta dr kiri ke kanan dan tiga hasta dr atas ke bawah; ruang tamu itu ~nya 7m × 5m; 2. jarak lintang sesuatu: ~ jalan itu tiga depa; jambatan yg sedang dibina itu ~nya 10 meter;berbuka = ~ puasa mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;membuka 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ ungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik;membukai 1. membuka utk: tidak dibukai pintu utk ia masuk; 2. membuka banyak kali: ~ segala beg untuk pemeriksaan kastam; membukakan 1. membuka: ~ mata; 2. membuka utk: dia ~ suaminya pintu; dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk; terbuka 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; keterbukaan perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kpd apa sahaja pengaruh (unsur, rangsangan, dll); bukaan (Fiz) lubang (biasanya bulat) pd kamera (teropong kembar dsb) yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk; perbukaan makanan dan minuman yg disajikan utk berbuka puasa; pembukaan perihal atau perbuatan membuka, permulaan; pembuka 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hendak | 1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalaupun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghormatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| puas | 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kendali | tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |