| tikam II | ; ~ ekor permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. menikam memasang wang dlm permainan judi (membeli tiket loteri dll). tikaman wang dll yg dipasang dlm permainan judi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tikam ekor | permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tikam II; ~ ekor | permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb | Kamus Pelajar |
| tikam ekor | sj judi dgn mempertaruhkan wang pd nombor-nombor terakhir keputusan loteri atau lumba kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kena ekor | mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tikam II | ~ dadu main dadu; ~ ekor sj judi dgn mempertaruhkan wang pd nombor-nombor terakhir keputusan loteri atau lumba kuda; menikam mempertaruh wang dlm perjudian (loteri dll), membeli tiket loteri dll; tikaman = wang ~ 1. (wang) pertaruhan dlm perjudian (loteri dll); 2. wang pasangan (dlm permainan meneka sesuatu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| judi tikam ekor | taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| judi | permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kena | 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kata | 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-aluan ucapan (katakata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, mis dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan keterangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~ hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt sang, si; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (se-faham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; men | Kamus Dewan Edisi Keempat |