Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
runtunanderetan, jajaran, leretan: demonstra­­si harus beruntun-runtun sbg ~nya ombak.Kamus Dewan Edisi Keempat
ombakombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lidah I1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu men­jelir-jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3. ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd selekoh sungai; ~ air bahagian tepi air; ~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~ ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut­-hasut; ~ papan bahagian yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara (akhbar dll) yg mengeluar­kan berita dll rasmi sesuatu parti dll; ~ serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi; ~ bercabang bagai biawak prb selalu berubah­ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkut­sangkut; apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati; berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat­-ingat mengeluarkan kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah, patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga; lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah; berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau pen­diriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.Kamus Dewan Edisi Keempat
runtun II; beruntun, beruntun-runtun ber­­deret-deret, berikut-ikut, berturut-turut: suara itu disusuli bunyi tembakan yg ~ dr arah jalan besar; ayat-ayat al-Quran yg turun itu banyak sekali beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat; runtunan deretan, jajaran, leretan: demonstra­­si harus beruntun-runtun sbg ~nya ombak.Kamus Dewan Edisi Keempat
ghairah1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambung Ihal naik tinggi ke atas (bkn bola, perahu dipukul ombak dsb): Bola yg ditendang itu ~nya tinggi. melambung 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. melambungkan menaikkan atau membuang sesuatu tinggi-tinggi: Mereka bersorak-sorak sambil ~ topi kerana gembira.Kamus Pelajar Edisi Kedua
derau Ibunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll); berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan ber­derau-derau bunyi riaknya; 2. ki ter­sentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. ter­cetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ke­tawa), ber­derai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambung Ihal naik tinggi ke atas (bkn bola, perahu dipukul ombak dsb):Bola yg ditendang itu ~nya tinggi. melambung 1. naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2. memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. melambungkan menaikkan atau membuang sesuatu tinggi-tinggi: Mereka bersorak-sorak sambil ~ songkok dan topi kerana gembira.Kamus Pelajar
riak1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas