| lengkapan satu(one`s complement) | Nombor perduaan yang diperoleh daripada satu nombor asal yang apabila dicampurkan dengan nombor asal tersebut akan menghasilkan nombor yang mempunyai setiap bitnya bernilai 1. Misalnya, lengkapan satu bagi nombor perduaan 10101010 ialah 01010101. | Kamus Komputer |
| komputer satu cip(one chip computer) | Komputer yang pelaksanaan sistemnya dilakukan dengan satu cip litar bersepadu mikroelektronik. Sistem begini biasanya digunakan dalam sistem kawalan atau peranti khusus. | Kamus Komputer |