| pakej(package) | 1. Atur cara dan dokumen berkaitan yang membentuk suatu sistem perisian yang bersepadu. 2. Bentuk bekas plastik atau seramik yang digunakan untuk memegang cip litar bersepadu mikropemproses, ingatan, dan peranti lain. | Kamus Komputer |
| pakej perisian(software package) | Kumpulan atur cara dan dokumen berkaitan yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas tertentu dan membentuk sistem perisian yang bersepadu. | Kamus Komputer |
| pakej pangkalan data(data base package) | Atur cara dan dokumen berkaitan yang membentuk sistem perisian pengurusan pangkalan data. | Kamus Komputer |