| laluan(path) | 1. Jalan mengikut hierarki pohon susunan fail yang perlu dilalui untuk sampai ke fail. 2. Jalan dalam litar komunikasi yang perlu dilalui oleh isyarat untuk sampai ke pangkalan yang dituju. | Kamus Komputer |
| laluan kad(card path) | Laluan bagi kad bergerak dalam pembaca atau penebuk kad. Sinonim lorong kad. | Kamus Komputer |
| laluan genting(critical path) | Laluan dari titik mula sehingga titik tamat yang memakan masa paling lama berbanding dengan laluan lain dalam rangkaian kegiatan sistem kaedah laluan genting. | Kamus Komputer |
| penjadualan laluan genting(critical path scheduling) | 1. Sistem pengawasan yang sentiasa menyemak keadaan keperluan pengaturcaraan sistem pengendalian komputer untuk mengelakkan kegelinciran. 2. Penjadualan yang dilakukan untuk mengurangkan masa laluan genting dalam sesuatu jadual projek. | Kamus Komputer |
| kaedah laluan genting(critical path method) | Teknik yang digunakan dalam pengurusan projek untuk merancang penjadualan, dengan projek keseluruhan menentukan jadual pelaksanaan yang memakan masa paling panjang, supaya masa terpendek bagi pelaksanaan projek keseluruhan dapat dirancang. | Kamus Komputer |
| CPM | Singkatan bagi critical path method. Lihat kaedah laluan genting. | Kamus Komputer |