Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah dang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nasi I1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong.Kamus Dewan Edisi Keempat
mata I1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg ber­warna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hi­dangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus­ratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp keka­sih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, ba­rat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang­lubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk men­dapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang­barang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mem­punyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesu­sahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi ja­nganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya men­dapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusah­an; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk meng­awasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diam­diam (gerak-geri seseorang dll), mengamat­ amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas