| pekak (-pekak) badak | a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
				| pekak | (pékak) daun terup yg bertanda J. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
				| kedadak II | ; pekak ~ sangat pekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
				| pekak | 1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. bengap, tidak nyaring bunyinya; ~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya; memekak membuat bising; memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. menyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga. terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
				| pekak batu | pekak (tuli) benar-benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
				| pekak kedadak | sangat pekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
				| pekak | tidak dpt mendengar sama sekali; tidak dpt mendengar dgn baik; tuli. ~ badak tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. memekakkan 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua | 
				| memekakkan | 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua | 
				| pekak badak | tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua | 
				| pekak labang | kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |