| pemotongan | perbuatan atau hal memotong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pemotongan | 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal dsb), pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemotongan | perbuatan atau hal memotong. | Kamus Pelajar |
| amputasi | ist pemotongan sebahagian anggota badan, spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk. mengamputasi memotong sebahagian anggota badan, spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lobotomi | (Ubat) pemotongan saraf tertentu pd otak secara pembedahan utk merawat penyakit mental yg teruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| embriotomi | (émbriotomi) pemotongan anggota fetus yg tersekat utk memudahkannya keluar dr rahim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| amputasi | (Ubat) pemotongan sebahagian anggota badan spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| osteotomi | (ostéotomi) (Ubat) pemotongan tulang secara pembedahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| diseksi | (diséksi) (Ubat) pemotongan dan pengasingan tisu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penyembelihan | 1. perbuatan menyembelih, pemotongan: dua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya; 2. daging upah menyembelih; tidak usak kerbau oleh ~ prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma; | Kamus Dewan Edisi Keempat |