Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendengaran nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pendengaran1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendengaran1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebutan1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendengaran1. pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar:Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2. hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3. apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya.Kamus Pelajar
kecanggungan1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejang­galan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar
tajam I1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
lucut I; melucut terlepas drpd pegangan (geng­gaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd geng­gaman, merampas: mereka sendiri mahu di­lucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak me­nyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungan­nya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (meng­gugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan ber­senjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai.Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas