Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengawal pantai(pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengawal1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpacak1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
kawal; berkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu. mengawal 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kawalberkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga:Beberapa orang askar ~ di istana itu . mengawal 1. menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan:Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2. memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi:Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan sesuatu yg dikawal (dijaga, diawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1. orang yg mengawal; penjaga; pengawas:~ kampung. 2. orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan:~ Kastam. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang.Kamus Pelajar
pacak I1. sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pan­cang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); memacak mencucuk, menusuk: ~ ikan; ~ hari Kl menetapkan hari bulan; memacakkan memasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~ pancang; terpacak 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
kawal1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. pen­jagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya; berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; mengawal, mengawali 1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; mengawali mengawal berterusan atau beramai-­ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu; terkawal (dapat) dikawal, diawasi; kawalan 1. yg dikawal; hukuman ~ hukum­an yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan; pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penye­ludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapal Ibahtera atau perahu besar yg ada gela­dak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk men­dalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengan­dungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg me­ngarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak ber­tambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas